Pada awal penubuhan, Sekolah Menengah Agama (Arab) An-Nur
dikenali sebagai Al-Madrasah Al-Arabiah An-Nur. Pada mulanya Al-Madrasah Al-
Arabiah An-Nur merupakan sebuah Institusi Pendidikan berbentuk Akademik dan terletak
berhampiran dengan pekan Tampok. Sekolah ini telah memberikan bimbingan kepada
pelajar-pelajar yang gagal atau tidak mencapai keputusan yang baik dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM). Penubuhan Sekolah ini telah dapat memenuhi keperluan pelajar-pelajar
yang tinggal berhampiran dengan sekolah seperti di Benut dan di Rengit yang
ingin memperbaiki lagi keputusan peperiksaan mereka.
Bermula pada 1 Januari 1991, pentadbir sekolah telah memperkenalkan
satu pengajian Akademik. Sambutan daripada ibu bapa untuk mendaftar anak-anak
dalam Pengajian Arab amat menggalakkan. Namun kekurangan bilik darjah,
menyebabkan pihak sekolah cuma dapat menerima pelajar untuk satu kelas sahaja.
Dengan sambutan yang begitu memberangsangkan dari tahun ke tahun, lembaga
Pentadbiran Sekolah telah membuat keputusan untuk mendaftarkan sekolah ini di
bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Pada 15 September 1995 permohonan
sekolah ini telah diluluskan dan dikenali dengan nama Al-Madrasah Al-Arabiah
An-Nur.
Pada tahun 1997, sebuah bangunan dua tingkat Sekolah
Menengah Agama (Arab) An-Nur telah siap dibina di tapak yang baru di pekan
Benut. Bangunan ini telah menempatkan pelajar-pelajar tingkatan satu bagi sesi
1997 seramai 100 orang.
Bermula tahun 2006, sekolah ini telah mendapat bantuan dari
kerajaan yang merupakan hasil daripada cetusan idea Mantan Perdana Menteri
Malaysia yang ke-5 (Tun Abdullah Ahmad Badawi), bagi memperkasakan lagi sistem
pengurusan Sekolah Agama Rakyat. Sebelum ini, sekolah menerima bantuan daripada
Kerajaan Negeri (Jabatan Agama Islam Johor) dan Kementerian Pelajaran Malaysia serta sumbangan masyarakat.
Keistimewaannya, sekolah ini masih mengekalkan dwi kurikulum iaitu kurikulum
KBSM dan kurikulum Maahad Bu’uth Al-Azhar, walaupun telah dijadikan Sekolah
Agama Bantuan kerajaan (SABK) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hasrat murni pendidikan yang ingin dicapai untuk
memperkasakan lagi sistem pengurusan Sekolah Agama Rakyat ini menjadikan lagi
pembentukan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, pengajaran dan pembelajaran yang
kondusif ini dapat menyokong teras pembentukan individu ini terutama dari segi
pemupukan ilmu, kemahiran dan nilai yang berkaitan aspek intelek dan emosi.
Dengan kewujudan rancangan pengajian sebegini rupa,
diharapkan akan dapat memenuhi hasrat dan harapan ibu bapa dalam usaha
memperlengkapkan diri anak-anak dengan ilmu dan kemahiran serta mendedahkan
kepada anak-anak tentang pengetahuan dan pendidikan bersifat keagamaan yang
sewajarnya bagi memperkukuhkan daya tahan diri dalam menempuh alaf baru.
SABK Sekolah Menengah Agama (Arab) An-Nur atau nama ringkasnya SMA An-Nur, merupakan sebuah Sekolah menengah agama yang terletak di Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.Sekolah ini diasaskan oleh pengetua sekolah itu sendiri,Tuan Haji Abdul Samad Bin Haji Abdul LatifPada tahun 1994, sekolah ini telah mengikut aliran pendidikan bu'us al-Azhar di bawah Institusi Pendidikan Nilam Puri, Kelantan. Sesi pembelanjaran dibahagikan kepada 2 iaitu pada waktu pagi aliran Arab manakalan di waktu petang aliran Akademik. Asal tapak sekolah ini adalah di Pekan Tampok (Sekarang milik Sekolah Agama Arab Bugissiah).
No comments:
Post a Comment