5 Februari 2018
![]() |
Ayu memegang sijil anugerah pencapaian cemerlang Stam yang diterimanya. |
Makan coklat. Ini rahsia pelajar cemerlang Sekolah Menengah Agama
An-Nur, Benut untuk meredakan tekanan hingga dia mendapat Mumtaz dalam
Sijil Tinggi Agama Malaysia (Stam) 2017.
Dia percaya fikiran dan emosi yang stabil tanpa tekanan sangat penting membantu dia menghafal ayat suci al-Quran serta mengulang kaji pelajaran.
“Sebanyak empat surah yang mengandungi 30 hingga 54 ayat perlu dihafal. Saya bangun seawal jam 4 pagi untuk menghafal dan kemudian diikuti dengan solat tahajud setiap hari di asrama.
“Alhamdulillah saya berjaya hafal kesemua surah tersebut dalam masa tiga bulan sahaja,” katanya ketika ditemui pada Majlis Anugerah Kecemerlangan STAM, SMA An-Nur Benut yang turut dihadiri Pegawai Pendidikan Daerah Pontian, Zainal Buang, di sini kelmarin.
Ayu Nur Atiqah merupakan antara 21 calon STAM, SMA An-Nur yang menduduki peperiksaan berkenaan pada tahun lepas.
Anak sulung daripada tiga beradik itu ditemani ayah, Ali Ismail, 42, dan ibu, Suhalia Wakiman, 39, turut menyatakan hasrat untuk menyambung pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagi mencapai cita-citanya sebagai pensyarah.
Ayu berkata dia tidak menyangka sama sekali memperoleh keputusan cemerlang dalam STAM memandangkan soalan peperiksaan agak sukar.
“Sejujurnya banyak soalan yang saya analisis akan keluar pada tahun ini, tidak tepat. Malah soalan dikemukakan lebih susah daripada apa yang saya jangkakan.
“Tetapi saya kuatkan semangat dan terus menjawab berdasarkan apa yang telah dipelajari. Syukur saya mendapatkan keputusan cemerlang,” katanya.
Jelasnya, walaupun pernah menolak tawaran menyambung pelajaran di Jordan, namun Ayu tetap berfikiran positif dan percaya universiti tempatan mampu memberikan kejayaan cemerlang buatnya di sini kelak.
Menurut ayahnya, Ali Ismail kejayaan anak sulungnya memberi semangat buat dua lagi adik-adiknya berusia 17 dan 10 tahun untuk berjaya dalam pelajaran.
Ali yang bekerja sebagai penyelia kuari di Bukit Batu Kulai berkata keinginan Ayu untuk mendalami ilmu agama cukup terserlah selepas dia menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
“Ayu belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Bukit Batu Kulai dari darjah 1 hingga darjah 6,” katanya.
Jelasnya, dia memahami cabaran dihadapi Ayu yang perlu belajar banyak subjek bagi menduduki peperiksaan STAM.
“Apabila Ayu hubungi saya dan ibunya, kami akan berikan dia motivasi supaya tidak sesekali patah semangat untuk berjaya.
“Saya percaya dorongan ibu bapa boleh menjadi pemangkin kepada kejayaan anak-anak,” katanya.
Sementara itu, Zainal Buang dalam ucapannya berkata, SMA An- Nur juga telah mencapai Gred Purata Sekolak (GPS) Negeri Johor dengan pencapaian 2.17 dalam peperiksaan STAM berbanding 3.83 lima tahun yang lalu.
Katanya, selain kecemerlangan dalam peperiksaan STAM, SMA An-Nur juga cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di mana pada tahun 2016 mencapai GPS sebanyak 3.10.
Menurut beliau, sekolah tersebut telah membuktikan bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan agama tetapi pelajar-pelajar juga berjaya dalam bidang kokurikulum sebagaimana sekolah menengah biasa.
“Ia amat bertepatan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 yang turut memberikan penekanan kepada kemenjadian murid selain berjaya dalam bidang pendidikan,” katanya.
Katanya, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pontian berharap kecemerlangan SMA An-Nur akan menjadikan dorongan kepada 97 sekolah dalam peperiksaan awam yang diduduki pada tahun ini.
Sumber : Sinar HarianDia percaya fikiran dan emosi yang stabil tanpa tekanan sangat penting membantu dia menghafal ayat suci al-Quran serta mengulang kaji pelajaran.

21 November 2011
SMA An-Nur Akademik Terbaik 2011
PONTIAN
20 Nov. - Sekolah Menengah Agama (SMA) An-Nur Benut dekat sini menerima
anugerah kategori akademik dan kokurikulum terbaik keseluruhan sempena
program Anugerah Sekolah Cemerlang Parlimen Pontian 2011, semalam.
Program yang memasuki edisi kedua itu anjuran Pejabat Ahli Parlimen
Pontian dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pontian bagi
mengiktiraf sumbangan pihak sekolah memajukan pendidikan di sekolah
masing-masing.
Pengetua Sekolah SMA An-Nur, Abd. Samad Abd. Latiff menerima hadiah wang
tunai RM4,000 disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd.
Puad Zarkashi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim.
Tempat kedua dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Parit Betak
yang menerima wang tunai RM2,000 dan SMK Benut di tempat ketiga dengan
menerima RM1,000.
Turut hadir, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan yang juga
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Pegawai Daerah Pontian,
Muji Salimon dan Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, Ab. Rahim Rahim.
Bagi Sekolah Kebangsaan (SK) kawasan DUN Benut, SK Seri Bugis dinobatkan
di tempat pertama, tempat kedua dan ketiga dimenangi SK Seri Sekawan
Desa dan SK Seri Anom dengan masing-masing menerima wang tunai RM2,500,
RM1,500 dan RM1,000.
SK Pulai Sebatang pula meraih tempat pertama bagi kawasan DUN Pulai
Sebatang, kedua SK Parit Patah dan ketiga SK TMIS (1) yang turut
menerima wang tunai dan cenderamata.
Kategori Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) pula dimenangi SJKC Chien Hwa
dengan wang tunai RM4,000, kedua SJKC Lok Yu 1 (RM3,000) dan ketiga SJKC
Gau San (RM1,000).
Program anugerah itu turut memberi pengiktirafan kepada Sekolah Agama
berdasarkan kepada keputusan cemerlang yang dicapai dalam Sijil Darjah
Enam Agama (SDEA) yang diraih oleh Sekolah Agama Seri Pulai, Sekolah
Agama Permatang Duku dan Sekolah Agama Seri Senang Hati.
Bagi kecemerlangan dalam Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) pula dimenangi
Sekolah Agama Lebai Mohd. Yaakob 2, Sekolah Agama Al-Mustafa dan Sekolah
Agama Kayu Ara Pasong di tempat kedua dan ketiga.
Kategori 'Perfect Score' pada Penilaian Menengah Rendah 2010 pula diraih
oleh SMK Benut, kedua SMK Ayer Baloi dan ketiga SMK Sri Perhentian yang
turut menerima wang tunai dan sijil.
Sumber: Utusan Melayu (M) Bhd
2010
47 Pelajar Tingkatan Lima SMA Arab An-Nur Dirai
![]() |
AHMAD MASLAN (duduk, tengah) selepas majlis penyampaian sijil kepada pelajar sempena majlis graduasi SMA Arab An-Nur di Pontian baru-baru ini. |
Majlis di SMA Arab An-Nur disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Turut hadir, pengetua sekolah berkenaan, Abdul Samad Abdul Latif dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Kamal Yunus.
Abdul Samad berkata, majlis tersebut bertujuan meraikan pelajar-pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak lama lagi.
"Dengan adanya program seperti ini, ia dapat memberi inspirasi dan semangat kepada pelajar untuk mencapai kejayaan yang gemilang dalam peperiksaan kelak," katanya.
Sumber : Kosmo Online
No comments:
Post a Comment